FOTOGRAFI PUN BLEH BIKIN LAWAK...

Written By RR on 5/14/13 | 7:51 PM

.
Jika kena cara & tempatnya, fotografi juga boleh menjadi salah satu medium saluran lawak anda... Kita saksikan beberapa contoh magis fotografi yang menjadikan sesuatu foto tersebut unik & lucu!

rusa unicorn??

manusia berkepala anjing??

aura 7 petala planet oleh obama...

dihantar ke bumi oleh sang bangau...

mesin basuh dilanda keboringan

bila anjing protes polisi oleh ahli politik...

tayar basikal... merry-go-round!

renungan aurora sang tengkorak...

macam-macam reaksi wajah

oOopsss!!

anda mempunyai foto lucu hasil rakaman kamera anda sendiri??
kirimkan kepada kami melalui mesej di page FB cayya (KLIK!)

.

SENGALOKA: MUTIARA KATA... (UPDATED)

Written By RR on 5/13/13 | 4:23 PM

.
Kadang-kadang sesuatu maksud 
tidak memerlukan penjelasan panjang berjela. 
Sebaris ayat sudah dapat dihadam 
kedalaman maknanya...











***WILL BE UPDATED SOON***

KOMIK TROLLOLOLOLLL... (UPDATED)

.
Komik trollface tiba2 menjadi kegilaan di ruang siber... Himpunan mimik2 muka yang telah tersedia membolehkan siapa saja untuk menghasilkan lawak versi mereka walaupun tidak mempunyai bakat melukis. Tidak dapat dipastikan siapakah pencipta asal lukisan wajah2 tersebut... Apa-apa hal kita layan ajelah!!



*WILL BE UPDATED SOON... 
JANGAN LUPA  JENGUK LAGI DI SINI!

CAYYA MOST WANTED... YA-AWWW!!

Written By RR on 5/12/13 | 4:12 PM


Anda berbakat bikin orang gelak???
Jom kasi gegar dunia lawak online tempatan 
bersama portal lawak/humor #1 Malaysia... 
www.cayya.net


ke laman FACEBOOK CayyaDotNet ----->> KLIK SINI!!

Internet sudah menjadi fenomena dewasa ini, laman-laman sosial seperti Facebook, YouTube, Twitter, Instagram, Keek dan sebagainya yang semakin bercambah adalah pemangkinnya. Sampai ada yang kejang dan pitam jika sehari tidak dapat melayari Internet. Humor/lawak pula adalah perencah di dalam ruang maya bagi menghilangkan tekanan kerja dan pelbagai masalah peribadi.

CAYYA.NET merancang kewujudan satu portal khas sebagai satu platfom kepada anak-anak tempatan yang berbakat dalam bidang komedi/lawak/humor bagi mengenegahkan karya serta kebolehan mereka.

Pengisian di portal CAYYA.NET merupakan platfom awal sebelum karya-karya ini diterbitkan ke medium lain seperti penerbitan buku/majalah, kandungan/aplikasi mobil dan produksi tv.

SYARAT

Tiada syarat khusus atau diskriminasi paras rupa... Asalkan anda rakyat Malaysia yang berbakat untuk menghasilkan sesuatu yang dapat menceriakan insan-insan lain sudah memadai. Karya mestilah tidak menyentuh sensitiviti agama, kaum atau mana-mana pihak/individu.

HAKCIPTA

Hakcipta semua karya adalah menjadi hakmilik PENCIPTA ASAL, CAYYA.NET cuma mengambil hak penyiaran secara online. Sebarang terma untuk menghasilkan karya tersebut dalam bentuk selain penyiaran online akan dibincangkan kemudian.

KARTUN/KARIKATUR/KOMIK

Hantarkan kepada kami loose/strip kartun atau karikatur dalam spesifikasi berikut: 
resolusi: 300 pxi
saiz kanvas: 7 inci X 7 inci
saiz panel: 6 inci X 6 inci

Spesifikasi komik - one shot (bukan bersambung) maksima 4 pages:
resolusi: 300 pxi
saiz kanvas: 7 inci X 10 inci
saiz panel: 6 inci X 9 inci


PENULISAN HUMOR

Sebarang bentuk penulisan humor seperti anekdot, cerpen, fakta lucu, tips lawak, quote humor, parodi lirik lagu yang tidak terlalu panjang untuk disiarkan secara online.

  
Di atas ini disertakan beberapa contoh... 
Anda cuma perlu tulis, grafik/ilustrasinya akan disiapkan oleh kami...

VIDEO

Tidak kira apa saja bentuk sama ada vlog, filem pendek, sketsa, animasi, parodi lagu, miming, voiced-over,  edited clips, prank, video candid/spontan dan sebagainya - asalkan tidak melebihi durasi 3 MINIT pada saiz minimum 640px X 360px. Caranya senang saja... uploadkan video anda ke YouTube dan kirimkan linknya kepada kami.


LAIN-LAIN

Kirimkan kepada kami contoh karya yang boleh anda hasilkan selain dari kategori di atas... seperti flash game, animated gif, poster, foto lucu atau apa saja yang boleh dikongsikan secara online akan kami pertimbangkan untuk menerimanya.

HONORARIUM

Bayaran intensif ke atas setiap karya akan dinilaikan berdasarkan mutu dan jumlah viralnya.

SOALAN/CADANGAN?

sebarang soalan/cadangan boleh ditanyakan di ruangan komen di sini, atau dikirimkan melalui mesej di FBpage CayyaDotNet (KLIK!)

.

UIKSSS?? RANCANGAN REALITI PALING PELIK DI DUNIA...

Written By RR on 1/9/13 | 5:47 PM

.
REALITY SHOW atau rancangan realiti TV sudah menjadi fenomena hari ini. Demi menarik rating penonton, rancangan seperti ini menyajikan pengisian yang semakin ekstrem, pelik dan tak masuk akal.

Mari kita tengok beberapa rancangan realiti TV yang agak aneh...

1.The 1900 House

Dalam 400 keluarga cuba menyertai rancangan ini. Konsepnya membawa keluarga moden hari ini menjalani kehidupan ala tahun 1900an.Mereka harus tinggal di dalam rumah selama 3 bulan. Tapi bukan sembarangan rumah kerana rumah ini direkabentuk ala zaman Victoria dengan 3 bilik tidur, dapur, ruang makan,dan ruang seni serta bilik mandi di luar rumah.

TANPA BEKALAN ELEKTRIK DAN AIR PAIP... mereka harus menjalani kehidupan sukar zaman 1900an dan keluarga yang paling lama dapat bertahan diumum sebagai pemenang.

2. Married By America

Rancangan ini tidak bertahan lama dan hanya berjalan 1 musim pada 2003. Para peserta diperkenalkan secara langsung melaluiTV dan penonton memilihlelaki dan wanita yang mereka suka untuk dipasangkan. Setelah itu mereka akan DINIKAHKAN secara live. Beberapa minggu sebelumnya mereka akan tinggal bersama agar lebih mengenali satu sama lain diberi  fasiliti seperti orang bulan madu. Ending kepada rancangan ini, pengantin lelaki membatalkan pernikahan dan meninggalkan pengantin wanita yang kecewa keseorangan... Tak best langsung kan endingnya???

3. The Monastery

Rancangan asalnya sudah disiarkan pada 2005 lalu. Konsepnya menempatkan sekumpulan golongan Atheis untuk hidup bersama ahli2 agama (mubaligh, ulamak..dsb) dan selama itu pula mereka dilarang mempersendakan agama orang2 di sekitar mereka.

Ending rancangan ini sangat dramatis, kerana membuat beberapa kontestan beralih menjadi memeluk mana-mana agama yang mereka fikirkan benar. Tidak ada seorangpun yang masih dgan fahaman Atheis.

4. He's a Lady

Para peserta yang merupakan 11 lelaki maskulin pada awalnya ditawarkan untuk mengikuti reality show extreme challenge yang menguji fizsik dan mental. Kemudian baru mereka menyedari rancangan yang mereka sertai itu sebenarnya berbeza 180darjah.

Mereka harus dapat bergaul dengan wanita asli, berdandan,mengenakan perhiasan, menjadi pendamping wanita ,dan kemuncaknya mengikuti dipaksa menyertai pertandingan Ratu Cantik bagi memilih pemenang rancangan ini.

5.Boy Meet Boy

Dari nama rancangannya sugak dapat anda agak kan??? Yupz... rancangan ini memang sebuah kontak jodoh untuk gay. Seorang gay bernama James Getzlaff mencari lelaki idaman untuk menjadi pasangan hidupnya dan 15 orang lelaki yang cuba untuk merebut hatinya.

Acara riadah, parti,dan liburan bersama harus mereka lalui satu per satu untuk mengenal satu sama lain. Berani masuk kalo ada rancangan realiti TV seperti ini di Malasia??? Kakakaaa.... www.cayya.net

KENAPA RASA MACAM NAK DEMAM BALIK NI??

Written By RR on 1/8/13 | 11:28 AM


pagi tadi gua demam -- pening kepala & selsema,
badan panas & rasa macam nak pitam.
jarang gua kena demam teruk camni!!

atas nasihat rakan serumah gua pegi klinik...
seriously gua jarang pegi klinik coz setakat
pening/demam sikit2 tu gua pekena panadol 2-3 das
dah okey balik!

sampai klinik gua jumpa doktor &
buat beberapa pemeriksaan rutin...
doktor kata suhu badan gua dah over limit.
doktor bagi satu injection dan lepas tu
baru gua rasa okey sikit.

doktor arahkan gua ke kaunter ubat.
gua ke kaunter ubat dan diberikan
oleh misi yang bertugas beberapa
bungkusan pil untuk gua habiskan.

misi tu bagi explaination tentang ubat-
ubat tersebut tapi gua jenis pelupa...
gua agak kalo terlupa prosedur pemakanan ubat-ubat
gua boleh datang tanya kat misi tu.

supaya gua tak lupa misi mana satu yang
harus gua temui balik, gua mintak izin untuk
snap gambarnya... sebab gua jugak jenis
mudah lupa muka orang yang jarang jumpa.

nasib baik misi tu sporting...
izinkan gua snap gambarnya sekeping pakai 'blackberry'...
sepas ambil ubat gua chow balik rumah!

sampai rumah
tetiba gua rasa macam nak demam balik...
try makan ubat tapi tak berkesan.
gua rasa tak sedap badan
gua rasa gua kena pegi klinik tu balik...
serius gua kena pegi klinik tu balik!!

apasal tiba2 gua rasa nak demam balik hah??
biasanya tak macam ni...

:-/

oh ye! lupa plak nak tunjuk
gambar misi yang kat kaunter ubat tadi...


--leman longkang--

KAMERA AES: CARA UNTUK MENGELAKKAN DISAMAN...

Written By RR on 12/24/12 | 3:02 AM


Kamera AES menjadi satu isu hangat di negara kita 
skang ni... ramai yang berpendapat sistem ini tidak patut
lagi digunakan sebelum kadar had laju dan lokasi 
pemasangan belum dikaji dengan lebih teliti.

Dalam video di bawah terdapat beberapa tips 
untuk anda mengelakkan diri dari 'ditangkap' oleh 
kamera AES.



Yaaa caranya senang saja...
ANDA SENDIRI MENJADI KAMERA AES!!
Anda takkan disaman tapi mungkin akan dibawa ke lokap polis
atau hospital sakit jiwa...

.

WOW!! AWEK CUN TUNJUK CARA GORENG KULIT PISANG...

Written By RR on 12/19/12 | 9:29 PM

.

Kulit pisang biasanya dibuang begitu saja selepas kita makan isinya. Dibazirkan juga selepas dikupas kulitnya untuk menbuat goreng pisang atau kek. Sebenarnya kita banyak membazir kerana daripada dibuang, ada baiknya kita jadikan makanan ringan. Ramai yang tidak tahu keistimewaan kulit pisang... sekarang saya akan tunjukkan resipi & cara untuk memanfaatkannya!

BAHAN-BAHANNYA:

- Kulit pisang dari sebarang jenis (disarankan kulit dari pisang yang sudah masak & berwarna kuning untuk menambah citarasa)

- Air kapur

- 1/2 biji limau nipis

- 150 gram tepung kastard

- 150 gram tepung sagu

- 4 biji telur puyuh

- Gula pasir & garam secukup rasa.

CARA MEMBUATNYA:

- Kulit pisang direndam dulu dalam air kapur selama 24 jam, selepas itu toskan sehingga kering.

- Titiskan air limau nipis untuk menambah aroma wanginya.

- Campurkan tepung kastard, tepung sagu, gula, garam dan telur puyuh. Kacau hingga sebati.

- Celupkan kulit pisang satu persatu ke dalam adunan, goreng hingga masak.

CARA MENYAJIKAN:

Bila sudah masak, buang saja masakan tu di dalam tong sampah. Sebabnya kalau anda makanpun, rasanya tidak sedap! Monyet pun tak makan kulit pisang, anda semua tergamak melantaknya??? Resepi ini sesuai untuk mengisi masa lapang sesiapa yang bosan duduk di rumah... atau mereka yang terlebih masa lapang!

Sekian saja... selamat mencuba! ;-)
.

HUKUM FIZIK DALAM FILEM TAMIL...

Written By RR on 11/26/12 | 10:10 PM

.
Korang salah seorang peminat filem Tamil?? 
Ini bukan niat untuk memperlekehkan 
tapi cuba berimaginasi dari sudut sarkastik 
mengenai beberapa scene 'luar biasa' yang sering 
dipaparkan dalam filem-filem Tamil. 
Jemputan khas; Isaac Newton... silakan baca ye!! ;-) 

VIDEO LAWAK!! HATI-HATI BILA MAIN X-BOX DENGAN GIRLFREN!!

Written By RR on 11/21/12 | 10:09 PM

.
Berhati-hati kalo nak main X-BOX dengan girlfren korang 
takut nanti terjadi situasi camni... hancur X-BOX tu! 
Kalo nak main juga kena la buat2 kalah... 
Baru la dia tak emosi sangat hehehee!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets